Siapa CEO baharu MFL?

Ab Ghani
Ab Ghani
A
A
A

DATUK Ab Ghani Hassan mendapat kepercayaan dalam kalangan pemegang taruh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengetuai pengendali Liga Malaysia (Liga-M) menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pemilihan Ab Ghani diputuskan hasil mesyuarat khas pada Isnin selepas menerima surat peletakan jawatan daripada Hamidin yang bertarikh 12 Ogos lalu.

Selangor FC di laman Facebook berharap Ab Ghani akan memacu entiti berkenaan ke tahap lebih tinggi pada masa depan dalam memartabatkan arena bola sepak negara.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia, Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia yang baharu bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Semoga Datuk dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam membawa Liga Bolasepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Ucapan ikhlas daripada kami di Selangor FC.” kata Selangor FC dimuatnaik di laman Facebook mereka pada Isnin.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Ab Ghani daripada Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja serta kelab Penang FC,” ujar Penang FC di laman Facebook mereka.

Kedah Darul Aman FC tidak ketinggalan mengucapkan “Tahniah diucapkan kepada Datuk Ab Ghani Hassan yang dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang baharu.”

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baharu,” ujar Perak FC.

Artikel Berkaitan:

Kelab dari pantai timur, Sri Pahang FC juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat kepada Ab Ghani Hassan atas pemilihan sebagai Presiden MFL yang baharu.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Ab Ghani Hassan yang dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang baharu. Daripada Sarawak United FC,” ujar Sarawak United FC.

Kelantan United Football Club juga tidak ketinggalan mendoakan Liga Bola Sepak Malaysia terus maju di bawah kepimpinan Ab Ghani.

“Kelantan United Football Club merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan setelah dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia yang baharu.

“Pihak Kelantan United Football Club turut mendoakan agar Liga Bola Sepak Malaysia terus maju di bawah kepimpinan Datuk Presiden. Selamat menjalankan tugas Datuk.” katanya.

Dalam pada itu, Kelantan FC berharap pelantikan Ab Ghani akan meningkatkan mutu liga dan bola sepak negara pada masa depan.

“Seluruh warga TRW Kelantan FC ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan yang dipilih untuk menggalas tugas sebagai Presiden MFL yang baharu bagi menggantikan tempat Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Semoga dengan kepimpinan serta aura yang baharu di bawah naungan Datuk Ab Ghani Hassan dapat meningkatkan lagi mutu bola sepak di negara kita.” katanya.

“Terengganu FC ingin mengucapkan Tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden Liga Bola Sepak Malaysia yang baharu!.” kata Terengganu FC.

UiTM FC pula percaya Ab Ghani mampu memberikan perkhidmatan terbaik dalam usaha memacu pengendali Liga-M ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia, Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden MFL yang baharu bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Semoga Datuk dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam pentadbiran Liga Bola Sepak Malaysia, Ucapan ikhlas daripada UiTM FC," katanya.

PDRM FC berbangga dengan pemilihan Ab Ghani berkata, "Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden MFL yang baharu menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Semoga Liga Bola Sepak Malaysia akan terus maju di bawah pentadbiran Datuk Presiden. Selamat bertugas!.” kata PDRM FC di laman Facebooknya.

“Setinggi-tinggi tahniah buat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia, Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden MFL yang baharu menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Selamat menjalankan tugas dan semoga Liga Bola Sepak Malaysia akan terus maju di bawah pentadbiran Datuk. Daripada kami di Melaka United FC.” kata Melaka United FC.

Dalam pada itu, menurut Ahli Lembaga Pengarah MFL, Joehari Ayub memaklumkan bahawa ahli lembaga pengarah akan mengumumkan calon CEO MFL baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Ab Ghani.

“Buat masa ini, Ab Ghani akan memangku tugas CEO MFL buat sementara waktu dan beliau akan mengumumkan pelantikan CEO MFL baharu pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL akan datang,” katanya.

Biarpun isu kerusi panas nombor satu MFL telah terjawab, namun timbul persoalan individu yang akan mengetuai operasi yang dipikul oleh Ab Ghani sebelum ini.