X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Abdul Hadi akan terus bersama Muhyiddin

Tangkap layar hantaran di Facebook Abdul Hadi pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang komited untuk terus bersama dengan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkukuhkan perpaduan dan memulihkan negara.

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Ahli Parlimen Marang itu menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin malam.

Muhyiddin pada Isnin telah mempersembahkan warkah peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan daripada itu, Istana Negara pada Isnin mengesahkan Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menteri berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Parlimen Pagoh dalam perutusan khasnya pada petang Isnin menyatakan keputusan tersebut diambil selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan selepas beliau gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!