Patuh SOP, elak kelonggaran beroperasi ditarik semula

Semalam (Ahad), kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Satu PPN kembali beroperasi berkuat kuasa hari ini. Foto hiasan.
Semalam (Ahad), kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Satu PPN kembali beroperasi berkuat kuasa hari ini. Foto hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan pematuhan dari semasa ke semasa agar tidak berlaku sebarang pelanggaran SOP.

“Kelonggaran yang diberikan kerajaan adalah untuk memastikan ekonomi negara dapat dijana kembali, namun pada masa sama sebagai pemilik premis, mereka harus memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, mereka yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu sebelum tindakan tegas termasuk kompaun dikenakan.

Semalam (Ahad), kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Satu PPN kembali beroperasi berkuat kuasa hari ini antaranya kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot dan kedai peralatan sukan.

Antara SOP ditetapkan ialah pemilik premis perniagaan perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: