HSB cari waris pesakit meninggal dunia

Unit Forensik Hospital Sungai Bakap mengesan waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia pada 8 Ogos lepas untuk urusan pengebumian. - Foto sumber internet
Unit Forensik Hospital Sungai Bakap mengesan waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia pada 8 Ogos lepas untuk urusan pengebumian. - Foto sumber internet
A
A
A

NIBONG TEBAL - Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) mengesan waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam usus, pada 8 Ogos lalu.

Jurucakapnya berkata, lelaki dikenali sebagai Abdul Rahman Abdullah, 53, itu meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam dan jenazahnya sehingga hari ini tidak dituntut oleh waris atau ahli keluarganya.

"Alamat terakhirnya di Bandar Manjalara Kepong, Selangor. Dia dijumpai di tepi jalan di Seberang Jaya pada 29 Julai sebelum dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana pendarahan dalam usus.

"Lelaki itu kemudiannya dibenarkan keluar daripada HSJ pada 5 Ogos dan dihantar ke HSB untuk penjagaan dalam wad kerana tiada waris. Mangsa kemudiannya meninggal dunia pada 8 Ogos dan sehingga hari ini pihak hospital gagal mengesan waris kepada si mati," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Jurucakap berkenaan berkata, ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu diminta menghubungi Unit Forensik HSB bagi urusan pengebumian.

Artikel Berkaitan: