Penjawat awam jalankan amanah seperti biasa: Cuepacs

Adnan Mat - Foto Sinar harian
Adnan Mat - Foto Sinar harian
A
A
A

SHAH ALAM - Penjawat awam akan kekal bebas tanpa dipengaruhi sebarang ideologi politik dalam meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah institusi diraja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.

Beliau berkata, penjawat awam perlulah bijak mendepani cabaran dan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko serta sentiasa di lapangan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas terutama dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

“Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti, perkhidmatan awam tetap kekal setia dalam neutraliti,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri dan seluruh kabinet.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai 'caretaker' perdana menteri sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Cuepacs berharap kerajaan baharu yang akan dibentuk dapat terus menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

Jelasnya, walaupun bertukar kerjaaan, keutamaan rakyat dan negara adalah menjadi tanggungjawab daripada kepentingan lain.

Artikel Berkaitan:

“Penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan berkualiti dan berkesan untuk rakyat serta negara bersandarkan, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah,” ujarnya.