Kemenangan positif Tottenham Hotspur

Son Heung-Min (dua, kiri) meraikan jaringan bersama pemain-pemain Tottenham lain selepas meledak gol tunggal pada perlawanan menentang Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad. -Foto AFP
Son Heung-Min (dua, kiri) meraikan jaringan bersama pemain-pemain Tottenham lain selepas meledak gol tunggal pada perlawanan menentang Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad. -Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo menyifatkan komitmen dalam kalangan pemain The Spurs merupakan faktor utama memacu kelab itu untuk melakar kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur.

Malah menurut Espirito Santo, gol tunggal perlawanan hasil jaringan Son Heung-min yang melanjutkan perkhidmatannya selama empat tahun lagi memberikan beliau keyakinan kelab utara London itu mampu pergi lebih jauh lagi pada saingan musim ini.

“Kemenangan yang cukup amat menyakinkan buat Tottenham di laman sendiri pada perlawanan pembukaan apatah lagi tiga mata ini adalah hasil kerja keras dalam kalangan pemain-pemain Spurs, selain atmosfera stadium juga membantu pemain-pemain Tottenham memberikan hasil yang terbaik.

“Malah perlawanan berintisiti tinggi ini juga menyaksikan Tottenham cukup bernasib baik apabila beberapa peluang dimiliki Manchester City gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan gol.

“Pemain-pemain Tottenham beraksi cemerlang apabila berjaya mengekang asakan selepas jaringan pendahuluan sekali gus membolehkan pasukan mengekalkan rentak. Jika dilihat babak pertama ternyata pelawat memiliki deretan, namun selepas 20 minit kami berjaya mengawal rentak perlawanan,” katanya.

Mengulas mengenai status Kapten Tottenham, Harry Kane yang tidak diturunkan dalam perlawanan itu Espirito Santo berkata: " Harry Kane merupakan antara pemain terbaik dunia pada ketika ini.

“Sejujurnya Tottenham amat bertuah kerana masih memiliki Harry Kane apatah lagi dengan pelbagai sumbangan yang diberikannya sepanjang bersama kelab ini sebelum ini.

“Malah saya percaya Harry Kane akan terus membantu kelab ini untuk mengharungi saingan liga pada musim ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: