PDRM beri jaminan keselamatan negara sentiasa terkawal

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keadaan keselamatan negara adalah terkawal berdasarkan situasi semasa politik negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM sentiasa memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

"Orang ramai diminta agar tidak gusar, PDRM akan sentiasa pastikan negara pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi kesejahteraan masyarakat.

"PDRM juga akan sentiasa memantau senario keselamatan semasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, tindakan tegas akan diambil jika terdapat mana-mana pihak yang mengganggu gugat ketenteraman awam.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: