Petrol RON97 turun 31 sen tengah malam ini

A
A

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 turun 31 sen kepada RM2.50 seliter dari 1 Disember hingga 31 Disember ini, daripada RM2.81 seliter, November lepas.

Sementara itu, harga petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). - Bernama