Ahli UMNO diminta bersatu, dokong parti setiap masa

Badan Perhubungan UMNO negeri menyeru seluruh kepimpinan parti di semua peringkat cawangan dan bahagian terus bersatu dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.
Badan Perhubungan UMNO negeri menyeru seluruh kepimpinan parti di semua peringkat cawangan dan bahagian terus bersatu dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.
A
A
A

SHAH ALAM - Badan Perhubungan UMNO negeri menyeru seluruh kepimpinan parti di semua peringkat cawangan dan bahagian terus bersatu dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menggesa semua ahli Parlimen untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

"Ahli parti juga diminta terus istiqamah dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO," menurut kenyataan bersama itu pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh 13 pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Artikel Berkaitan: