Ubah suai lori seludup dadah, guna surat rentas negeri

Ayob Khan menunjukkan tempat penyimpanan khas di dalam lori yang telah diubah suai untuk menyeludup dadah yang dibawa masuk dari negara jiran melalui Kelantan ke Johor Bahru.
Ayob Khan menunjukkan tempat penyimpanan khas di dalam lori yang telah diubah suai untuk menyeludup dadah yang dibawa masuk dari negara jiran melalui Kelantan ke Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BARHU- Seorang penjawat awam dan seorang pengurus eksekutif sebuah badan berkanun antara 10 suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah di Kulai dan Johor Bahru Utara pada minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu hasil operasi khas dilakukan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

Katanya, sindiket terbabit menggunakan lori yang telah diubah suai untuk membawa bekalan dadah yang dibawa masuk dari negara jiran melalui Kelantan sebelum dihantar untuk diedarkan ke Johor Bahru.

"Hasil siasatan mendapati, sindiket ini menggunakan surat permohonan rentas negeri memandangkan lori yang digunakan turut membawa barangan sejuk beku.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati lori yang digunakan itu mempunyai ruang khas untuk membawa bekalan dadah sebelum dipindahkan ke dalam kereta untuk diedarkan. Ruang khas terbabit terletak di lantai belakang tempat penyimpanan lori iaitu sedalam kira-kira sembilan sentimeter (cm)," katanya.

Ayob Khan (dua dari kiri) menunjukkan 174 ketul ganja mampat bernilai RM441,63 yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor pada Isnin.
Ayob Khan (dua dari kiri) menunjukkan 174 ketul ganja mampat bernilai RM441,63 yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor pada Isnin.

Beliau berkata demikan ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Menurut Ayob Khan lagi, kejayaan polis menahan kesemua suspek terbabit hasil maklumat dan risikan dalam tujuh serbuan yang dijalankan pada 8 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan pertama, dua lelaki tempatan berusia 36 dan 48 tahun ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah.

"Susulan daripada serbuan itu, lima lagi serbuan berasingan dibuat dan polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita berumur 28 hingga 45 tahun.

"Seterusnya, polis membuat satu lagi serbuan di sekitar Johor Bahru Utara dan berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 28 tahun dan merampas sejumlah dadah jenis ganja," katanya.

Tambahnya lagi, dengan tertangkapnya anggota sindiket pengedaran dadah ini, sebanyak 175.65 kilogram (kg) bersamaan 174 ketulan ganja mampat bernilai RM441,163.

"Polis turut menyita wang tunai bejumlah RM45,500, pelbagai barangan kemas bernilai RM16,076, dua buah lori, enam kereta dan dua motosikal serta menyita akaun bank bernilai RM6,972.

"Daripada 10 suspek yang ditahan lapan didapati positif dadah manakala tujuh mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Kesemua 10 suspek direman 14 hari bermula 9 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup," katanya.