Agong diminta pertimbang rayuan NGO adakan gencatan politik

Awang Sariyan
Awang Sariyan
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diminta untuk mempertimbangkan dan memperkenankan rayuan 175 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar gencatan politik dilaksanakan ketika negara masih dilanda wabak Covid-19.

Pengerusi Gerakan Jihad Rakyat Banteras Rasuah, Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, sebarang rancangan pertukaran kerajaan wajar ditangguhkan kepada waktu yang lebih sesuai demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

Menurutnya, semua pemimpin dan ahli Parlimen wajar memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya terhadap usaha menangani wabak tersebut.

"Sembah harapan patik ini berlunaskan kedudukan dan martabat Seri Paduka Baginda sebagai payung negara yang insya-ALLAH dapat merungkaikan sebarang kemelut dan khilaf yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak tertentu.

"Patik yakin bahawa Seri Paduka Baginda merupakan wibawa yang paling tepat dalam memberikan pimpinan kepada patik-patik rakyat sekaliannya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Pada Ahad, spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan mula bertebaran sejak susulan dakwaan Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh Muhyiddin mahupun kepimpinan kerajaan atau parti mengenai perkara itu.

Artikel Berkaitan: