Sidang akhbar khas Muhyiddin 3 petang ini

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat sidang akhbar khas pada jam 3 petang Isnin.

Difahamkan sidang akhbar itu berkaitan dengan keabsahan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara dan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada Isnin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung statusnya sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pagoh itu tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 12.23 tengah hari selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan satu usul undi percaya akan diadakan pada 7 September depan bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kedudukannya sebagai Perdana Menteri dipertikaikan susulan penarikan balik sokongan beberapa ahli Parlimen, seterusnya mendakwa beliau hilang majoriti.

Keadaan menjadi lebih panas selepas tujuh tawaran yang dikemukakan Muhyiddin dalam perutusan khas pada Sabtu bagi menyambung hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditolak mentah oleh pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Istana Negara hari ini. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Istana Negara hari ini. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB