'Kekal tenang dan terus berdoa yang terbaik'

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan untuk terus kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan fitnah pihak-pihak tertentu yang sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kemelut politik negara ketika ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak khususnya ahli Pas diminta untuk mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan terus berdoa supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan kini adalah keyakinan bahawa setiap yang berlaku sudah diaturkan ALLAH SWT.

"Saya harap semua ahli parti bertenang, hadapi suasana dengan fikiran lapang, apa yang ALLAH atur adalah yang terbaik.

"Dalam hidup kita, kita tak tahu apa yang ALLAH susun untuk kita dan kita yakin bahawa itu yang terbaik," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya pada Isnin.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, keutamaan kini adalah mengekalkan kedamaian serta tidak menimbulkan suasana gawat dalam kalangan masyarakat.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau bersama rakan-rakan dalam Pas dan ahli kabinet lain akan menguruskan dengan baik situasi ini supaya kestabilan negara dapat dikekalkan.

"Insya-ALLAH saya penuh yakin dan percaya pimpinan kita sedang melakukan yang terbaik. Apa yang kita mampu, kita cuba buat, doakan bersama," jelasnya.

Artikel Berkaitan: