Tiga rentung kereta langgar pokok terbakar

A
A
A

GEORGETOWN - Tiga individu rentung apabila kereta jenis Toyota Vios dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok dan terbakar di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti.

Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Perak, Sha'ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.55 pagi.

Menurutnya, apabila pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta telah terbakar selepas melanggar sebatang pokok.

"Akibat pelanggaran kuat itu, ketiga-tiga mangsa yang berada di dalam kereta tidak sempat menyelamatkan diri dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Katanya, bomba menggunakan peralatan 'Rescue Tools' dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dalam menjalankan kerja menyelamat kira-kira jam 3.05 pagi.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: