X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

[VIDEO] Peluang PH dirikan kerajaan lebih tinggi jika sokong Ahmad Zahid

Anwar dan Ahmad Zahid
A
A

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) mungkin lebih berpeluang mendirikan kerajaan sekiranya kumpulan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai persefahaman bersama kumpulan pro Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, persefahaman antara PH dan UMNO itu boleh dicapai melalui tawaran PH mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang dilihat memberi impak tinggi jika digabungkan dengan sokongan taat setia ahli Parlimen UMNO terhadap Ahmad Zahid.

Beliau berkata, ini adalah peluang untuk UMNO menjadi ‘pengembala politik’ kepada kerajaan baharu sekiranya gabungan dapat dibentuk.

“Ahmad Zahid akan menjadi pemimpin ulung UMNO yang berjaya membawa negara keluar dari konflik Parlimen dan kerajaan jika beliau berjaya menjadi ‘cikgu kerajaan PH Plus’ ini, itupun jika persefahaman berjaya dibina antara UMNO bersama PH,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Md Shukri Shuib
Md Shukri Shuib

Md Shukri berkata, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat sebenarnya membawa manifestasi baharu kepada senario yang memberi peluang kepada UMNO dan PH untuk bekerjasama.

“Mungkin juga parti gabungan lain termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) boleh menerima konsensus Ahmad Zahid dan Anwar jika mereka berjaya rundingkan manfaat wajar kepada semua kelompok yang bekerjasama dalam mendirikan kerajaan baharu PH-BN atau saya rumuskan kerajaan ‘Harapan Nasional’,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu hanya akan menjadi realiti sekiranya Ahmad Zahid berjaya membawa UMNO sebagai ‘cikgu kerajaan’.

“Sekiranya tidak, negara akan terus berkecamuk dan dilema, malah keselamatan politik akan mengganggu urus tadbir negara,” katanya.

Dalam pada itu, Md Shukri berpendapat tawaran Muhyiddin itu jika disambut baik, akan lebih harmoni sifatnya berbanding cubaan mewujudkan kerajaan baharu dengan pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

“Berdasarkan respons akar umbi UMNO sekarang, pengekalan UMNO bersama kerajaan sedia ada sudah tidak menjadi pilihan popular lagi.

"Mungkin demi survival Melayu, sokongan kepada ketua pembangkang diterajui Anwar menjadi pilihan UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid bagi membina keyakinan baharu politik negara. Ini adalah pendekatan survival UMNO itu sendiri yang mungkin baik bagi masa depan politik,” katanya.

Menurutnya lagi, kemungkinan ahli dan pendokong akar umbi UMNO akan menerima apa sahaja keputusan presiden parti atas prinsip perjuangan agama bangsa dan tanah air.

“Ia baik bagi akar umbi UMNO, demi masa depan untuk menjadi ‘king maker’ bersama PH,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!