Ismail Sabri didakwa adakan pertemuan dengan Dr Mahathir

Ismail Sabri, Dr Mahathir
Ismail Sabri, Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Satu pertemuan di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) didakwa berlangsung pada Ahad.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pertemuan tersebut difahamkan berlangsung siang tadi namun tidak memperincikan tujuannya.

"Saya difahamkan ada pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya tidak tahu. Kita dapat maklumat,” katanya ketika ditemui di pejabat Presiden PKR, di Bukit Gasing pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli Parlimen Hang Tuah Jaya mengesahkan tiada pertemuan di antara pemimpin pembangkang di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Ahad.

"Hari ini tidak ada mesyuarat, kita buat kenyataan sahaja. Rakyat mahu kerajaan dan pimpinan baharu.

“Kita tunggu esok, kita dapat maklumat seperti yang dikhabarkan Perdana Menteri akan meletakkan jawatan,” katanya.

Untuk rekod, beberapa siri pertemuan didakwa berlangsung pada Ahad melibatkan beberapa pemimpin parti politik.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan pelbagai spekulasi timbul ekoran laporan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin untuk meletakkan jawatan kerana kehilangan majoriti di Parlimen.