Polis buru Iwe Telosan bantu siasatan kes bunuh

Tuan Mohd Ridzwan atau Iwe Telosan
Tuan Mohd Ridzwan atau Iwe Telosan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan giat memburu Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 36, atau Iwe Telosan bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, di sini pada 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, usaha memburu suspek itu dilakukan selepas pihaknya berjaya menangkap empat lelaki berusia antara 33 hingga 44 tahun bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek yang kita tangkap itu telah mengaku berada di lokasi semasa kejadian tersebut berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan Iwe Telosan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu mengesan suspek.

Beliau berkata, 1 Ogos lalu pada jam 10 malam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh telah menerima panggilan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Shafien berkata, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera disebabkan kesan hentakan di kepala," katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati depan rumah