'Gelojoh berpolitik hingga gadai nyawa rakyat'

AHMAD MARZUK
AHMAD MARZUK
A
A
A

KOTA BHARU - Kegelojohan pihak berkepentingan berpolitik untuk mengusai tampuk pemerintahan ketika negara diancam pandemik Covid-19 dilihat keterlaluan hingga terlupa tindakan itu boleh mengancam nyawa rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berpendapat sedemikian susulan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkaitan terbukti memberi impak buruk kepada negara.

Beliau berkata, Covid-19 adalah isu global dunia dan sepatutnya tidak boleh diambil kesempatan dengan menyalahkan pihak kerajaan.

“Covid-19 boleh bawa mati. Desak buka Parlimen, 70 dijangkiti dan ada kematian disebabkan Kluster Parlimen, selain masih lagi nak berarak merobohkan pagar Parlimen.

“Berhimpun di dataran Merdeka, ada jangkitan. Lantang mengatakan buat juga sidang Parlimen akhirnya dijangkiti. Kegelojohan politik untuk mengusai tampuk pemerintahan sehingga lupa kepentingan mengutamakan nyawa rakyat,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai stuasi semasa politik negara selepas menyerahkan bantuan Food Bank YaPEIM kepada 100 ibu bapa murid terjejas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah pada Ahad.

Ahmad Marzuk berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) yang diumumkan akan diadakan pada Julai tahun depan membuktikan komitmen daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sepatutnya ahli-ahli politik dan parti yang terlalu beria nak jadi Perdana Menteri serta menguasai negara patut sedar akan kepentingan mengutamakan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Sekarang bukan masa untuk berpolitik atau bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.