Covid-19: 20,546 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia pada Ahad menurun sedikit kepada 20,546 kes berbanding 20,670 kes yang direkodkan semalam (Sabtu).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitter, memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,404,899.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 7,307 kes diikuti Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025).

Sarawak pula mencatat 963 kes, Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (tiga). - Bernama

Artikel Berkaitan: