Reezal Merican ucap tahniah kepada skuad hoki remaja kebangsaan

Reezal Merican
Reezal Merican
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada skuad hoki remaja kebangsaan yang bakal beraksi di Piala Dunia Remaja 2021di Guwahati, India mulai 24 November hingga 5 Disember depan.

Menurut Reezal Merican, kelayakan skuad hoki remaja kebangsaan ke Piala Dunia Remaja 2021 itu disahkan menerusi kiraan mata oleh pihak Persekutuan Hoki Asia (AHF), setelah Kejohanan Remaja Asia dibatalkan.

“Berita gembira buat negara, skuad hoki remaja kebangsaan, layak ke Piala Dunia Remaja 2021 di Guwahati, India bermula 24 November hingga 5 Disember, 2021.

“Ia merupakan penampilan ke-11 skuad negara setelah 12 edisi Piala Dunia Remaja dijalankan.

“All the best to skuad hoki remaja kebangsaan. Teruskan usaha untuk mempersiapkan diri sebelum pentas Piala Dunia Remaja ini bermula.

Artikel Berkaitan: