Dewan Ulamak Pas seru solat hajat, mohon keharmonian negara

Nik Muhammad Zawawi Salleh
Nik Muhammad Zawawi Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas menyeru ahli Pas dan umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat bagi memohon keharmonian dan perlindungan ALLAH SWT daripada perkara yang boleh mendatangkan kerugian kepada Islam dan ummah.

Ketuanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya melahirkan kekesalan dan kekecewaan dengan sikap sebahagian pimpinan politik yang berterusan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletakkan jawatan atas dakwaan gagal menangani pandemik Covid-19.

Menurutnya, dakwaan-dakwaan seperti itu hanyalah bersifat retorik dan alasan kosong semata-mata.

"Desakan-desakan berterusan ini bukan sahaja mengganggu tumpuan pihak kerajaan dalam menangani Covid-19, bahkan turut menimbulkan suasana politik tidak stabil dan tidak harmoni yang memberikan kesan langsung kepada seluruh rakyat.

"Sedangkan seperti yang sedia maklum, pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berusaha dengan sebaik mungkin bersama jemaah menteri serta petugas-petugas barisan hadapan untuk menghadapi dan memerangi Covid-19.

"Alhamdulillah, melalui kenyataan media Perdana Menteri pada Ahad menyatakan program vaksinasi kebangsaan semakin menunjukkan hasil yang positif selain daripada pengumumam pembukaan tambahan sektor-sektor ekonomi yang memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada mereka yang terjejas dengan pandemik ini," katanya di Facebook beliau pada Ahad.

Artikel Berkaitan: