Melaka budayakan kitar semula

Khairuladha (dua, kanan) dan Mansor (kanan) mengiringi Kok Kiew beramah mesra dengan wakil MPKK Melaka Tengah ketika program itu.
Khairuladha (dua, kanan) dan Mansor (kanan) mengiringi Kok Kiew beramah mesra dengan wakil MPKK Melaka Tengah ketika program itu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka antara negeri tertinggi mencatatkan jumlah bahan buangan yang boleh dikitar semula iaitu sebanyak 833kg di bawah SWCorp dalam tempoh Disember tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Pengarah SWCorp negeri, Khairuladha Ab Mutalib berkata, jumlah itu termasuk sisa makanan dan barangan yang boleh dikitar semula sekali gus dapat ditransformasikan menjadi baja kompas dan boleh dikomersialkan.

Menurutnya, angka itu turut menunjukkan peningkatan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat sebanyak 17 peratus dalam tempoh dua bulan berkenaan.

Katanya, langkah itu bertepatan dengan usaha memastikan negeri ini bersama mencapai sasaran 30 peratus kutipan barangan kitar semula menjelang 2020 menerusi peningkatan komitmen masyarakat selain usaha itu juga dapat mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal.

"Pelbagai langkah amalan kitar semula boleh dimanfaatkan oleh orang ramai sekali gus menjaga kebersihan di sesuatu tempat dan juga kebersihan kawasan sekitar negeri ini.

"Ia juga perlu usaha berterusan melibatkan pelbagai golongan masyarakat selain memberi pendedahan orang ramai terhadap usaha pertingkatkan amalan kitar semula," katanya.

Khairuladha
Khairuladha

Artikel Berkaitan:

Khairuladha berkata demikian kepada pemberita selepas program Sehati Sejiwa Bersama SWCorp dan Pemimpin Masyarakat peringkat Melaka Tengah yang disempurnakan oleh Exco Perumahan,Kerajaan Tempatan, Datuk Tey Kok Kiew di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Mandar MBMB, Mansor Sudin dan Pengurus Wilayah SWM Environment Sdn.Bhd (SWM) Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al' Ashari Othman.

Dalam perkembangan lain, Khairuladha berkata, pihaknya juga menjalankan program 'i-Cycle' yang turut dikenali sebagai projek perintis melibatkan beberapa negeri terpilih di Malaysia.

Menurutnya, kaedah yang dijalankan di Kampung Tehel, Jasin itu turut dilengkapi sebuah rumah kompos bagi kegunaan penduduk sekitar.

"Menerusi kaedah itu kita dapat memproses pembuangan sisa makanan dan barang terpakai untuk pembikinan baja kompos dan kitar semula.

"Setiap penduduk yang menghantar bahan buangan mereka di tempat itu, mereka kemudian boleh menukarnya dengan 'token' yang boleh ditebus dengan barangan keperluan dapur bagi membudayakan amalan kitar semula.

"Kita dapati Melaka direkodkan sebagai sebuah negeri yang mendapat maklum balas dan sokongan tertinggi dari penduduk," katanya.