Medvedev tangani servis Isnier untuk ke final

Mevedev
Mevedev
A
A
A

PEMAIN ranking kedua dunia, Daniil Medvedev, menyifatkan kejayaannya berdepan dengan teknik servis daripada pemain ranking ke-30 dunia, John Isnier berjaya membawanya ke pentas final Kejohanan Tenis Terbuka Bank Nasional di Toronto.

Menurut pemain kelahiran Rusia itu, biarpun berdepan dengan teknik servis Isner yang dikatakan antara yang terbaik di dunia ketika ini, namun dia berjaya ‘mematahkan’ kebanyakan servis berkenaan untuk menang 6-2, 6-2 bagi aksi separuh akhir kejohanan berkenaan pada Sabtu.

“Saya gembira kerana memenangi perlawanan ini dan mara ke final. Ya, saya akui, saya bermain agak baik hari ini (Sabtu), di mana saya hampir tidak melakukan kesilapan.

“Saya gembira dengan prestasi saya dan saya sememangnya gemar untuk beraksi dalam siri Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

“Saya sering merasakan permainan saya semakin baik pada setiap siri kejohanan berkenaan dan kini perkara utama yang membuatkan saya gembira adalah saya masih meneruskan perjuangan di Toronto,” katanya.

Kejayaan Medvedev itu sekali gus menyaksikan pemain berkenaan mara ke Kejohanan ATP Masters 1000 buat kali kelima dan bakal berdepan seorang lagi pemain AS yang juga pemain ranking ke-32 dunia, Reilly Opelka pada Isnin.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, Opelka mengejutkan pemain ranking ketiga dunia, Stefanos Tsitsipas, 6-7, 7-6, 6-4.

Mengulas aksi berdepan Opelka, Medvedev menegaskan dia sudah sering melihat rakaman video aksi pemain AS itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Opelka ternyata seorang pemain yang baik dan menjangkakan aksi final nanti bakal berlangsung sengit.

“Saya telah pun menyaksikan hampir kesemua perlawanan melibatkan Opelka. Bagi saya, dia seorang pemain yang bagus; lihat sahajalah bagaimana dia mencatatkan kemenangan pada aksi separuh akhir. Ia mengagumkan,” katanya.