Datuk Bandar JB baharu mulakan tugas hari ini

Mohd Noorazam (kanan) menerima surat lantikan sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Iskandar Puteri, pada Khamis.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu, Datuk Mohd Noorazam Osman memulakan tugasnya secara rasmi pada Ahad.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam satu kenyataan ringkas, mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Mohd Noorazam.

"Seluruh warga kerja MBJB mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Datuk Mohd Noorazam," jelas kenyataan itu, pada Ahad.

Mohd Noorazam yang merupakan Datuk Bandar Johor Bahru ke-13 itu dilantik menggantikan Datuk Adib Azhari Daud.

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) memaklumkan telah menerima surat pelantikan ke jawatan tersebut pada Jumaat.

Sinar Harian melaporkan Adib Azhari sebelum ini telah ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Artikel Berkaitan: