'Saya tidak tahu Muhyiddin mahu letak jawatan'

 Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menafikan beliau dimaklumkan mengenai desas desus Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak mengetahui mengenai perkara terbabit.

“Tiada pula dimakumkan. Saya tidak tahu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof turut dilapor mengesahkan Muhyddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin.

Sementara itu, Khairil Nizam turut menolak khabar angin bahawa terdapat usaha mahu menggantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan orang lain dalam Perikatan Nasional (PN).

“Saya tiada maklumat yang itu, sebagai Ketua Pemuda PN tidak berlaku,” jawabnya ringkas.

Beliau pada masa sama menegaskan Pas sentiasa menyokong kerajaan PN dan mengukuhkan perpaduan ummah.

Artikel Berkaitan: