'Manusia hanya hargai, menyesal sesuatu setelah ia tiada'

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pada kebiasaannya manusia tidak menghargai sesuatu waktu yang masih ada.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu sebaliknya berkata, manusia hanya akan menghargainya dan menyesal setelah ia tiada.

“Biasanya manusia tidak hargai sesuatu waktu masih ada, namun ia akan menghargai dan menyesal setelah tiada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Tulisan Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menimbulkan tanda tanya mengenai status kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbul desas-desus bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menerusi beberapa laporan media, Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Isnin ini dan pertemuan itu akan berlangsung menjelang tengah hari.

Artikel Berkaitan: