Belum ada haiwan mati: Zoo Melaka

Seorang Petugas Zoo Melaka, Shaifullah Azmi, 23, sedang memandikan Lembu Ankole dari Afrika untuk menyejukan badan haiwan berkenaan, di sini, hari ini.
Seorang Petugas Zoo Melaka, Shaifullah Azmi, 23, sedang memandikan Lembu Ankole dari Afrika untuk menyejukan badan haiwan berkenaan, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Zoo Melaka tidak kecuali mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan haiwan di bawah jagaan mereka mendapat hidrat dan sihat biarpun cuaca panas melanda negeri ini.

Pegawai Tadbir Unit Pemasaran dan Pendidikannya, Ahmad Azizi Ramdan, berkata, ini termasuk menyediakan lebih banyak tempat perlindungan air, minuman, makanan tambahan dan memandikan segelintir haiwan berada ditempat berisiko panas lebihl dua kali sehari untuk menurunkan suhu tekanan haiwan terbabit.

"Ekoran keadaan cuaca yang panas kita telah pun mengambil langkah tambahan dan setakat ini belum lagi ada haiwan yang mati disebabkan strok haba ataupun akibat cuaca yang terlalu panas.

"Selain memberikan perhatian serius kepada kira-kira 500 haiwan yang terdapat di zoo ini kita juga merancang untuk menyediakan minuman percuma kepada pengunjung namun ia memerlukan kos yang tinggi dan sekarang kita memberi keutamaan minuman percuma kepada kumpulan yang membuat program tanggungjawab sosial korporat di sini," katanya.

Tambahnya kebanyakan haiwan terutama di kawasan lapang boleh bertolak ansur dengan suhu yang lebih tinggi daripada manusia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Azizi berkata, perubahan cuaca itu juga tidak memberi impak kepada penurunan kedatangan pengunjung malah dalam tempoh dua bulan sahaja telah mencatatkan kehadiran seramai 61,659 pengunjung berbanding tahun lalu 50,755 dalam tempoh yang sama.

"Untuk bulan ini sahaja seramai 42,546 pengunjung direkodkan berbanding tahun lalu 35,101 orang dan ini menunjukkan cuaca panas tidak menjejaskan kehadiran pengunjung dan mereka juga boleh melawat zoo pada waktu malam menerusi Zoo Safari," katanya.

Artikel Berkaitan: