Pelajar guna nombor plat warna kuning

Che Mohd Hisham melihat salah sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaan kecil dan berwarna kuning.
Che Mohd Hisham melihat salah sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaan kecil dan berwarna kuning.
A
A
A

SETIU - Ada pelajar sekolah menengah dikesan menggunakan nombor pendaftaran berwarna merah dan kuning pada motosikal yang dinaiki mereka ke sekolah setiap hari.

Perbuatan menyalahi undang-undang itu dikesan oleh pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Stesen Air Sejuk yang mengadakan program advokasi (pendidikan) di sebuah sekolah menengah di sini.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, bukan sahaja warna tetapi saiz nombor pendaftaran yang digunakan juga tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

Menurutnya, malah menerusi pemeriksaan tersebut pihaknya mendapati seramai 56 pelajar daripada keseluruhan 110 pelajar yang membawa motosikal ke sekolah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah,

“Tidak memakai topi keledar bukan sekadar satu kesalahan tetapi ia faktor keselamatan yang penting.

“Tanpa memakai topi keledar boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk kematian sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian tentang program yang diketuai Ketua Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk di sini, Che Mohd Hisham Che Jamaluddin beserta 12 anggota.

Hadir sama Pegawai Operasi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu, Wan Kasrol Hisham Wan Mustafa.

Artikel Berkaitan:

Zulkarnain berkata, kesalahan lain yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut bermula jam 8 pagi itu mendapati banyak motosikal tidak mempunyai cermin sisi pandang belakang dan mengubah suai motosikal.