Wanita warga asing edar dadah diberkas

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Seorang wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Bandar Teknologi Kajang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia 30an itu ditahan dalam serbuan pada jam 5 petang.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui satu ketulan mampat dadah jenis ganja anggaran berat 202.8gram dalam simpanannya bagi tujuan pengedaran kepada penagih," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid berkata, dadah yang dirampas itu bernilai RM507 dan dipercayai boleh digunakan oleh 41 penagih.

"Wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: