Kanak-kanak tertembak ibu sedang mesyuarat melalui panggilan video

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MIAMI - Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat tertembak ibunya di kepala ketika wanita itu sedang bermesyuarat melalui panggilan video.

Dalam kejadian yang berlaku di Altamonte Springs, Florida itu, kanak-kanak itu dilapor terjumpa sepucuk pistol di dalam rumah, dan secara tidak sengaja menekan picu ketika ia dihalakan ke arah ibunya.

Seorang individu yang turut terlibat dengan panggilan video itu menghubungi talian kecemasan selepas terlihat seorang kanak-kanak di dalam panggilan video dan mendengar bunyi bising.

Menurut saksi itu, mangsa yang dikenali sebagai Shamaya Lynn, 21, dilihat jatuh ke belakang dan tidak bangun semula untuk menyambung panggilan video itu.

Anggota polis serta pasukan paramedik yang dikerah ke lokasi cuba menyelamatkan Shamaya, namun mangsa telah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

Polis berkata, ada individu yang meninggalkan pistol itu di rumah tanpa mengunci senjata api itu.

Pegawai penyiasat sedang bekerjasama dengan pejabat peguam Seminole County untuk menentukan jika pertuduhan akan dilakukan di mahkamah. - Awani

Artikel Berkaitan: