Covid-19: R-naught negara kekal 1.05, Perlis tertinggi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia pada Sabtu kekal pada paras 1.05, sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.47 diikuti Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah, Perak, Johor dan Pahang.

Seterusnya, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Putrajaya dengan 0.89 manakala Labuan tidak mencatatkan kes harian Covid-19 pada Sabtu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani

Artikel Berkaitan: