PKPD Flat Gugusan Semarak catat dua kematian, 501 positif Covid-19

PKPD di Flat Gugusan Semarak, Kota Damansara tamat tepat jam 11.59 malam pada Sabtu.
PKPD di Flat Gugusan Semarak, Kota Damansara tamat tepat jam 11.59 malam pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Gugusan Semarak, Kota Damansara di sini mencatatkan dua kematian akibat Covid-19 dan jumlah kes positif mencecah 501 orang.

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, jumlah kes positif terkumpul sejak Januari di kesemua 13 blok flat lima tingkat itu meningkat kepada 851 orang selepas penamatan PKPD tersebut tepat jam 11.59 malam pada Sabtu.

“Sepanjang 9 hari PKPD dilaksanakan, semua 3,030 orang penduduk telah disaring kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling. Daripada jumlah tersebut, 2,514 orang telah dibuat calitan.

“Seramai 71 orang yang keluar dari kawasan PKPD berjaya dikesan oleh polis sebelum pulang semula ke Gugusan Semarak dan divaksin serta kesemua mereka mencatatkan negatif dalam ujian calitan Covid-19,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Dalam pada itu, menurut Johary, daripada jumlah keseluruhan yang disaring, seramai 316 individu diberikan vaksin dos pertama manakala 303 orang menerima vaksin dos kedua.

Artikel Berkaitan: