Pemuda PN sokong rancangan kerajaan demi kestabilan politik

Khairil Nizam (kiri) ketika menyerahkan sumbangan air mineral kepada Pengarah HKL, Dr Rohana Johan pada Sabtu.
Khairil Nizam (kiri) ketika menyerahkan sumbangan air mineral kepada Pengarah HKL, Dr Rohana Johan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menyokong segala rancangan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menstabilkan keadaan politik semasa, kata Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

Menurut beliau, kestabilan politik dilihat kunci utama bagi kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok

"Pada kami apa yang diberi untuk menstabilkan politik dan mampu untuk mudahkan kita capai imuniti kelompok kita sokong.

"Malah Perdana Menteri bersetuju untuk bubarkan Parlimen selepas capai imuniti kelompok," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan air mineral oleh kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Rohana Johan pada Sabtu.

Sebanyak 84,000 botol air mineral disumbangkan oleh Iman Care bagi kegunaan barisan hadapan dan pesakit yang dirawat di HKl.

Pada Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Khairil Nizam turut menggesa orang ramai agar tidak menyertai himpunan #Lawan yang dijangka dianjurkan pada 21 Ogos ini.

Katanya, tindakan menyertai himpunan tersebut dianggap sebagai menzalimi petugas barisan hadapan.

"Sebelum ini telah ada bukti mereka yang menyertai himpunan #Lawan sebelum ini telah berlaku penularan Covid-19 kalau kita lihat di pautan Facebook.

"Ia bukan sekadar menjangkiti individu malah keluarga mereka. Jadi tolong petugas barisan hadapan dengan tidak sertai perhimpunan itu," katanya.