Guardiola tidak pasti keadaan Bruyne

Bruyne
Bruyne
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak dapat memberikan kepastian sama ada bintang Belgium, Kevin De Bruyne mampu diturunkan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Tottenham Hotspur, pada Ahad.

Menurut Guardiola, biarpun keadaan kecergasannya dilaporkan semakin baik, namun De Bruyne masih belum menjalani latihan penuh akibat mengalami kecederaan ketika beraksi pada Euro 2020 lalu.

“Dia semakin pulih dari sehari ke sehari, namun sehingga hari ini, dia masih belum dapat mengikuti latihan penuh.

“Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga esok (Ahad), sebelum memutuskan untuk menyenaraikannya atau tidak.

“Apa pun, semua orang kini sudah bersedia dan apa yang penting kesemua pemain dalam keadaan cergas untuk diturunkan,” katanya.

Perlawanan berkenaan akan turut menyaksikan penampilan sulung bintang England, Jack Grealish bersama City.

Dalam pada itu, Guardiola menegaskan mereka sebenarnya sudah pun memiliki penyerang yang baik, sekiranya bintang England, Harry Kane tidak jadi menyertai mereka.

Menurut Guardiola, skuad The Citizens itu kini menyandarkan harapan kepada Gabriel Jesus selaku penggempur utama pasukan setelah ketiadaan Sergio Aguero.

Artikel Berkaitan:

“Kita memang akui sukar untuk mencari seorang penyerang ‘tulen’ setelah ketiadaan Aguero. Harry Kane memang menjadi ‘buruan’ kita, tetapi usaha untuk membawanya ke Etihad nyata agak sukar.

“Aguero dan Jesus pernah beraksi bersama-sama. Aguero pernah cedera selama setahun dan kita turunkan Jesus selaku penyerang dan dia berjaya menggalas ‘tugas’ berkenaan,” katanya.