X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Pan Borneo Sarawak siap hampir 70 peratus: Fadillah

Fadillah - Foto Bernama
A
A

SIBU - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak kini sudah mencapai 69.6 peratus siap, menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, walaupun berdasarkan kontrak, tarikh siap sepenuhnya LPB Sarawak disasarkan pada September 2022 namun ekoran pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan pandemik Covid-19, kelewatan tidak dapat dielakkan.

“Kita hadapi kekangan seperti masalah rantaian bekalan dan kenaikan kos bahan binaan serta isu kekurangan pekerja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“(Selain itu) cabaran pematuhan SOP yang berbeza di lokaliti setiap Bahagian di Sarawak yang dirangka khusus juga menjadi antara kekangan, kelewatan penyiapan projek sememangnya tidak akan dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, Fadillah berkata, pada masa sama pihak pemaju projek juga berdepan kesukaran mendapatkan pekerja ketika pandemik.

“(Bagaimanapun) kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan peruntukan projek infrastruktur utama negara ini mencukupi selain bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sarawak.

“Apabila LPB siap nanti rakyat Sarawak khususnya bakal menikmati jaringan jalan raya yang lebih selesa dan efisien serta peluang untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor pembinaan,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!