Maritim bantu kru kapal warga India cedera parah

Maritim mengaktifkan misi evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membantu seorang kru kapal tangki warganegara India yang parah akibat terjatuh dari tangki pengimbang di kedudukan 31.7 batu nautika.
Maritim mengaktifkan misi evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membantu seorang kru kapal tangki warganegara India yang parah akibat terjatuh dari tangki pengimbang di kedudukan 31.7 batu nautika.
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak mengaktifkan misi evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membantu seorang kru kapal tangki warganegara India yang parah akibat terjatuh dari tangki pengimbang di kedudukan 31.7 batu nautika barat laut Pulau Jarak, di sini malam Jumaat.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ejen kapal tangki berkenaan sebelum sepasukan anggota digerakkan menggunakan Bot Benteng ke lokasi itu pada 8.30 malam bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.

“Pasukan berkenaan tiba di lokasi kejadian sekitar 3 pagi dan terus melaksanakan pemindahan mangsa dari kapal tangki ke bot untuk dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh.

“Mangsa yang berumur lingkungan 21 tahun mengalami patah tulang belakang dan cedera parah di bahagian kepala namun dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shahrizan berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pantai Seri Manjung untuk tindakan lanjut kira-kira 4.20 pagi Sabtu.

Katanya, orang awam boleh melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. - Bernama

Artikel Berkaitan: