Covid-19: 20,670 kes dilapor hari ini

Kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
Kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 20,670 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada Sabtu, menurun sedikit berbanding 21,468 yang direkodkan pada Jumaat.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,384,353.

Menurutnya, Selangor kekal sebagai negeri merekodkan kes tertinggi dengan 6,606 kes diikuti Kuala Lumpur (2,028), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251) dan Perak (1,003).

Pahang pula mencatat 794 kes, Negeri Sembilan (727), Sarawak (725), Terengganu (560), Melaka (521), Perlis (61) dan Putrajaya (51) manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Sementara itu dalam kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata, perincian kes baharu pada Sabtu membabitkan 20,662 kes tempatan iaitu 17,179 warganegara dan 3,483 bukan warganegara serta lapan kes import.

"Daripada 20,670 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 676 kes (3.3 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala 19,994 kes (96.7 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya.

Beliau berkata, hanya 2,646 kes atau 12.8 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada Sabtu telah lengkap divaksinasi iaitu dua minggu selepas mendapat dos kedua.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 260 kes kematian turut dicatatkan pada Sabtu, manakala 1,096 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta 540 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 34 kluster baharu turut dilaporkan membabitkan 20 kluster kategori tempat kerja, 12 kluster komuniti, satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta satu kluster pusat tahanan.

Data terkini juga menunjukkan nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 tertinggi dicatatkan di Perlis iaitu 1.41, mengatasi nilai Rt negara iaitu 1.05, kata Dr Noor Hisham. - Bernama





Kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
Kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.