X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Imam Masjid Negara meninggal dunia

Berita yang dikongsi di Facebook Masjid Negara pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Imam Masjid Negara, Khisamudin Ismail disahkan meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Hospital UiTM, Sungai Buloh akibat komplikasi jantung.

Masjid Negara melalui hantaran di Facebooknya turut berkongsi berita sedih mengenai pemergiaan Khisamudin itu.

"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Khisamudin bin Ismail, Imam Masjid Negara yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Ogos 2021.

"Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmatNya ke atas beliau dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman," katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Arang, Selangor kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!