X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Neitzel mahu rentak kemenangan Selangor FC diteruskan

Neitzel mahu anak-anak buahnya mengekalkan aksi konsisten untuk mengutip tiga mata pada setiap perlawanan dalam usaha memberikan cabaran kepada kelompok atasan Liga Super 2021. -Foto Selangor FC
A
A

SELANGOR FC mahu meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan Liga Super 2021 selepas mendaki ke tangga keempat hasil kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat.

Pengendalinya, Karsten Neitzel berkata, anak-anak buahnya berada pada momentum dan prestasi yang terbaik selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dan beliau mahu rentak tersebut diteruskan pada aksi seterusnya.

Menurutnya, kutipan tiga mata pada setiap perlawanan diharapkan dapat membantu Selangor FC untuk terus mendaki tangga Liga Super dan memberikan cabaran kepada kelompok atasan liga.

"Kami bertemu dengan sebuah pasukan yang kuat (KDA FC) selepas berehat panjang terutamanya berdepan dengan penyerangnya yang sentiasa memberi masalah kepada barisan pertahanan kami.

"Kami memang berdepan kesukaran pada masa separuh masa pertama, namun kesabaran pemain Selangor FC akhirnya membuahkan hasil dan saya fikir kami layak menang pada perlawanan ini," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Neitzel berkata, beliau sudah menjangkakan pasukan tuan rumah akan beraksi dengan formasi dan taktikal seperti yang dipamerkan pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, namun persiapan rapi sudah dilakukan dengan baik malah mereka juga turun ke Alor Setar dengan lebih 11 pemain yang sentiasa siap sedia untuk diteruskan pada perlawanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, beraksi dengan 10 pemain selepas Renan Alves dilayangkan kad merah pada minit ke-26 jelas bukan tugas mudah buat tuan rumah berusaha mendapatkan mata.

Menurutnya, segala-galanya berjalan lancar pada awal perlawanan malah KDA FC terlebih dahulu menjaringkan gol sebelum disamakan kedudukan oleh pelawat beberapa minit kemudian melalui sepakan penalti.

"Tahniah kepada Selangor FC kerana menang perlawanan ini dan saya berharap pemain kami akan bangkit dengan prestasi lebih baik pada perlawanan seterusnya," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!