Sila log masuk terlebih dahulu.

Selangor jinakkan Kedah di Alor Setar

Ifedayo (kanan) muncul watak penting The Red Giants apabila meledak tiga gol ketika membantu Selangor mengatasi KDA FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. - Foto Facebook Selangor FC
Ifedayo (kanan) muncul watak penting The Red Giants apabila meledak tiga gol ketika membantu Selangor mengatasi KDA FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. - Foto Facebook Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC meneruskan rentak kemenangan ketiga dalam lima perlawanan terakhir liga apabila menjinakkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Bagaimanapun, tuan rumah yang turun memburu sekurang-kurang satu mata terlebih dulu di hadapan 1-0 pada minit ke-23 menerusi Kpah Sherman yang memanfaatkan hantaran Tchetche Kipre.

Kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila Selangor menyamakan kedudukan 1-1 selang empat minit kemudian hasil jaringan Patrick Ifedayo menerusi sepakan penalti selepas Renan Alves dilayangkan kad merah pada minit ke-26 kerana menampan bola di dalam kawasan penalti.

Gol itu menyemarakkan semangat anak buah Karsten Neitzel untuk memberikan tekanan kepada tuan rumah apabila Ahmad Danial Ahmad Asri meletakkan pelawat sekali lagi di hadapan pada minit ke-29 hasil satu serangan pantas digerakkan oleh Hein Htet Aung.

Skuad kendalian Aidil Sharin yang terpaksa bermain 10 pemain kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-43 hasil tandukan K Anumanthan selepas memanfaatkan sepakan sudut Rabih Ataya.

Biarpun begitu Selangor yang tidak berputus asa kembali berada di hadapan pada minit ke-74 hasil jaringan mudah Ifedayo yang memanfaatkan hantaran Htet Aung untuk kedudukan 3-2.

Ifedayo terus menambah derita tuan rumah dengan gol pada minit ke-92' untuk menjadikan kedudukan 4-2 seterusnya kemenangan kelapan Selangor selepas mengharungi 18 perlawanan sekali gus melonjak ke tangga keempat liga manakala KDA berada di kedudukan kelima liga dengan 26 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

Artikel Berkaitan: