X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bagaimanapun bagi remaja berumur 16 dan 17 tahun, mereka yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu turut akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin.

Keputusan itu katanya dibuat berikutan data baharu pada 16 Jun yang dilihat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengandungi suntikan untuk golongan itu.

"Jadi NPRA telah meluluskan tetapi untuk pelaksanaan bergantung kepada keutamaan ialah mereka berumur 12 tahun ke atas kalau ada penyakit-penyakit lain contoh kanser darah.

"Untuk 16 dan 17 tahun, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang ada penyakit yang dikenal pasti sebelum diberi vaksin manakala mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan,” katanya.

Pada peringkat awal, Pfizer mengemukakan kepada NPRA cadangan iaitu golongan umur 16 tahun ke atas divaksinasi, tetapi data untuk golongan umur itu tidak kukuh apabila mereka menggunakan ekstrapolasi daripada usia dewasa.

Dr Noor Hisham berkata, bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu data terkini. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!