'Pengumuman PM tidak bantu negara selesai masalah'

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membantu negara untuk keluar daripada masalah.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa, masalah yang ditimbulkan ketika ini berpunca daripada kegagalan yang dilakukan oleh anggota kabinet dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Masalah terbesar saya ialah PN mempunyai ahli kabinet yang tidak kompeten yang menjerumuskan Malaysia pada hari ini.

"Ucapan hari ini tidak menyatakan tentang ketidakcekapan dan tidak mengubah apa pun untuk membantu Malaysia keluar daripada kemelut semasa," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya.

Pada petang Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Pada masa yang sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Muhyiddin berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Artikel Berkaitan:

Perutusan itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin tawar kerjasama merentas parti