X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Pemilihan Malaysia harap dapat bantu WHO

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Pemilihan Malaysia dalam ujian antarabangsa penggunaan tiga ubat Covid-19 diharap dapat membantu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumpul data klinikal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara mempunyai pesakit Covid-19 yang mencukupi bagi membolehkan penyelidikan tersebut dijalankan.

"Penggunaan ubat berkenaan lebih meyakinkan melalui penyelidikan tersebut," katanya pada sidang akhbar Covid-19 di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Menurutnya, tiga ubat tersebut ialah artesunate, imatinib dan infliximab.

Artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal, imatinib pula merupakan ubat untuk kanser darah manakala infliximab merawat penyakit sistem imun.

Beliau berkata, KKM telah menghentikan penggunaan ubat ubat remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir ke atas pesakit Covid-19 selepas kajian membuktikan ia tidak berkesan merawat pesakit.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis mengumumkan ujian tersebut akan dijalankan ke atas ribuan pesakit sukarelawan di 600 hospital di 52 negara.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!