X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan minat belian lewat

A
A

DAGANGAN di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dirangsang oleh kegiatan belian lewat yang membabitkan kaunter perladangan, produk pengguna dan perkhidmatan terpilih di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang lemah, kata para peniaga.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.14 mata untuk mengakhiri urus niaga minggu ini pada 1,505.11 berbanding 1,501.97 pada penutupan urus niaga Khamis.

Indeks utama yang dibuka 1.39 mata lebih baik pada 1,503.36, bergerak antara 1,498.80 dan 1,507.54 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun, kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 579 berbalas 373 manakala 458 kaunter tidak berubah, 806 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.56 bilion unit bernilai RM2.1 bilion daripada 3.45 bilion unit bernilai RM2.27 bilion pada Khamis.

Antara penyumbang terbesar kepada indeks penanda aras ialah Kuala Lumpur Kepong dan Hap Seng Consolidated yang mengukuh masing-masing RM1.04 dan 15 sen kepada RM20.18 dan RM7.86.

Seorang peniaga berkata, pasaran Asia kebanyakannya lemah walaupun terdapat sentimen positif daripada prestasi semalaman di Wall Street. Ini ialah kerana pelabur masih lagi bimbang dengan sekatan undang-undang oleh China baru-baru ini selain daripada penularan yang semakin ketara varian Covid-19 di rantau ini.

Kerajaan China baru-baru ini telah mengumumkan rancangan lima tahun yang menggariskan peraturan yang lebih ketat.

Di dalam negara pula, bagi saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat 4.0 sen kepada RM8.05 sementara Public Bank menyusut 1.0 sen kepada RM3.94, dan Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing merosot 3.0 sen kepada RM7.96 dan RM5.80 manakala Tenaga Nasional kerugian 4.0 sen kepada RM9.66.

Untuk kaunter aktif pula, Serba Dinamik menambah 1.5 sen kepada 43.5 sen, KNM lebih tinggi 1.0 sen kepada 21 sen, tetapi Dagang NeXchange merosot 3.0 sen kepada 78.5 sen dan Komarkcorp turun 1.5 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.52 mata pada 11,015.02, Indeks FBMT 100 naik 7.86 mata kepada 10,731.73, Indeks FBM Emas Syariah menambah 4.26 mata kepada 12,091.21, tetapi FBM 70 kerugian 46.06 mata kepada 14,491.31 dan FBM ACE merosot 5.25 mata kepada 7,139.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.77 mata kepada 14,783.10, Indeks Perladangan melonjak 91.88 mata kepada 6,213.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.22 mata kepada 189.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 2.37 bilion saham bernilai RM1.74 bilion daripada 2.31 bilion saham bernilai RM1.93 bilion pada hari Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 327.12 juta unit bernilai RM43.61 juta berbanding 258.50 juta unit bernilai RM36.51 juta pada hari Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 779.94 juta saham bernilai RM313.11 juta berbanding 754.43 juta saham bernilai RM299 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 407.12 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (674.19 juta), pembinaan (51.84 juta), teknologi (327.39 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (36.08 juta), hartanah (263.06 juta), perladangan (41.84 juta), REIT (6.25 juta), dana tertutup (79,000), tenaga (420.02 juta), penjagaan kesihatan (55.80 juta), telekomunikasi dan media (33.73 juta), pengangkutan dan logistik (40.38 juta) dan utiliti (10.75 juta). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!