Bengang minta cerai, ugut cederakan isteri guna pisau

Tertuduh, Mohd Khairul Hafiz Kamarudin, mengaku salah mengugut mahu mencederakan isterinya menggunakan pisau di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh, Mohd Khairul Hafiz Kamarudin, mengaku salah mengugut mahu mencederakan isterinya menggunakan pisau di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah mengugut mahu mencederakan isteri dengan pisau selepas bengang wanita itu meminta cerai, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Mohd Khairul Hafiz Kamarudin, 32, dari Batu Rakit, Kuala Nerus, turut berdepan hukuman lapan bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu mencederakan isterinya, Aisyah Azmi, 27, menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 1.45 tengah hari pada 21 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa dan tertuduh bertengkar kerana masalah rumah tanggga sebelum mangsa dikatakan meminta cerai.

Permintaan itu menyebabkan tertuduh semakin naik angin dan mengugut mahu mencederakan mangsa menggunakan pisau.

Mangsa yang bimbang keselamatan diri keluar dari rumah berkenaan bersama anak perempuan yang masih kecil sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang juga saksi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit, tertuduh ditahan di rumahnya kira-kira jam 7.20 malam pada hari sama.