X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kes Covid-19 meningkat: JKNPP kemuka pelan perubatan

Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah mengemukakan pelan penyusunan kemudahan perubatan bagi menghadapi peningkatan laporan kes harian di Pulau Pinang.

Pelan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang - Pengurusan Covid-19, pada pagi Jumaat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, antara pelan itu adalah pertambahan katil untuk pesakit Covid-19 apabila Kompleks Masyarakat Penyayang bakal dijadikan sebagai Pusat Rawatan Risiko Tinggi (PRRT) dengan penempatan 100 buah katil untuk pesakit kategori 3 dan 4.

Menurutnya, JKNPP juga menyatakan jaminan pembekalan tangki oksigen yang mencukupi bagi keperluan pesakit.

"Menerusi pelan itu juga, JKNPP juga menggalakan setiap isi rumah untuk memiliki pulse oximeter’yang boleh dibeli dalam talian dan di farmasi terdekat.

"JKNPP pula akan menambah baik serta meningkatkan sistem pengesanan kontak bagi memastikan rantaian perebakan dapat diputuskan pada kadar sesegera mungkin," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kadar vaksinasi harian di Pulau Pinang sehingga semalam mencatat 35,688 dos iaitu rekod pencapaian tertinggi sehingga kini.

"Berdasarkan rekod ini, kita percaya bahawa Pulau Pinang berada di landasan yang betul bagi mencapai matlamat ditetapkan iaitu 100 peratus populasi dewasa menerima suntikan dos pertama menjelang minggu pertama September atau pada tempoh lebih awal.

"Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang akan membawa pendirian ini kepada Pusat berhubung prosedur operasi standard (SOP) dine-in bagi pemilik dan pekerja restoran atau pemilik premis menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin sebelum dibenarkan beroperasi," katanya.

Beliau berkata, mereka yang disahkan positif Covid-19 membuat laporan bagi tindakan pihak-pihak berkaitan di pautan khas yang disediakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) JKNPP, https://forms.gle/1PSgwdPA5L32ugxy7.

Sementara itu, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) turut disediakan untuk memantau kes-kes positif yang diletakkan di bawah pemantauan di rumah dengan menghubungi talian 04-382 7143/04-3827142.

CAC beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!