X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Bank Rakyat bantu golongan terkesan Covid-19

A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al-Barakah Bank Rakyat terus membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan ketika pandemik Covid-19 menerusi inisiatif Zon Barakah Bank Rakyat.

Inisiatif itu ialah bantuan keperluan dan makanan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, sardin, telur ayam, kicap, gula, garam, teh, biskut, susu tepung serta lampin pakai buang disediakan di rak Zon Barakah Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula 13 Ogos 2021.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah Bank Rakyat mengambil keberkatan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama, lebih-lebih lagi situasi pandemik Covid-19 kini menjejaskan pendapatan masyarakat.

“Dengan akses kepada bekalan makanan dan keperluan asas ini, golongan yang terkesan dapat menggunakan wang mereka untuk perbelanjaan lain seperti rawatan perubatan dan peralatan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pendekatan itu juga dapat mengukuhkan sistem sosial Islam menerusi kaedah memberi semula kepada komuniti kerana di sebalik kejayaan Bank Rakyat, tidak sempurna sekiranya rezeki tidak dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat di Jalan Rakyat dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan bekalan keperluan asas yang diperlukan dan pada masa yang sama mengeratkan silaturahim kami dengan komuniti di kawasan kami beroperasi.

“Pada fasa kedua nanti, kami mengalu-alukan penyertaan warga kerja Bank Rakyat dan orang ramai untuk turut sama memberikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan di Zon Barakah Bank Rakyat ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!