SWM Environment pastikan pekerja lengkap dos vaksin akhir September

Suntikan vaksin merupakan langkah terbaik untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja.
Suntikan vaksin merupakan langkah terbaik untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja.
A
A
A

SHAH ALAM - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mahu memastikan pekerjanya melengkapkan suntikan dos vaksin Covid-19 menjelang akhir September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho De Leong berkata, pihaknya menjangkakan 85 peratus kakitangan syarikat itu di tiga negeri di bawah perkhidmatannya iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau memberitahu, setakat ini seramai 40 hingga 60 peratus kakitangan SWM Environment terutama pekerja barisan hadapan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

SWM Environment mahu memastikan pekerjanya melengkapkan suntikan dos vaksin Covid-19 menjelang akhir September ini.
SWM Environment mahu memastikan pekerjanya melengkapkan suntikan dos vaksin Covid-19 menjelang akhir September ini.

"Pemberian vaksin kepada petugas di sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam amat penting kerana mereka tergolong sebagai barisan hadapan yang terus berkhidmat tanpa henti mengikut jadual seperti biasa sejak mula penularan wabak Covid-19.

“Keselamatan pekerja khususnya ketika bertugas di lapangan sentiasa menjadi keutamaan SWM Environment dan kami telah mengambil pelbagai inisiatif pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, SWM Environment akan terus bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan jabatan kesihatan negeri bagi memastikan keseluruhan pekerjanya mendaftar dan melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19.

Jelasnya, langkah itu sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok menjelang bulan Disember 2021 seperti yang telah dirancang di bawah PICK.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, De Leong berkata, SWM Environment juga telah melengkapkan sesi penerangan kepada semua pekerjanya agar mendapat maklumat yang tepat mengenai program vaksinasi.

"Pihak kami turut menjelaskan kepada pekerja mengenai manfaat melengkapkan dos suntikan bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik," kata beliau.