Reman bekas datuk bandar disambung empat hari

Reman bekas datuk bandar yang berakhir pada Jumaat disambung lagi empat hari. - Foto fail
Reman bekas datuk bandar yang berakhir pada Jumaat disambung lagi empat hari. - Foto fail
A
A
A

JOHOR BAHRU- [DIKEMAS KINI] Tempoh reman selama tiga hari terhadap seorang bekas datuk bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini yang berakhir pada Jumaat, disambung lagi empat hari.

Perintah sambungan reman hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Sesyen 2 selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SPRM Johor menahan seorang bekas datuk bandar kerana disyaki menerima rasuah.

Penahanan suspek pada jam 3 petang Selasa itu dilakukan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Hasil siasatan dijalankan mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek dilaksanakan di bawah kendalian majlis bandar raya yang dirinya menjadi datuk bandar di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Bandar direman bantu siasatan terima rasuah

Bekas Datuk Bandar ditahan disyaki terima rasuah

Artikel Berkaitan: