Enam maut dalam kejadian tembakan di Plymouth UK

Enam termasuk suspek terbunuh dalam satu kejadian tembakan pada Khamis di Plymouth, sebuah bandar pelabuhan di Devon barat daya England. - Foto Bernama
Enam termasuk suspek terbunuh dalam satu kejadian tembakan pada Khamis di Plymouth, sebuah bandar pelabuhan di Devon barat daya England. - Foto Bernama
A
A
A

LONDON - Enam termasuk suspek terbunuh dalam satu kejadian tembakan pada Khamis di Plymouth, sebuah bandar pelabuhan di Devon barat daya England, menurut polis tempatan.

Polis Devon and Cornwall menerusi akaun Twitter berkata, pihak polis dikejarkan ke Keyham di Plymouth pada 6.10 petang waktu tempatan berikutan satu kejadian tembakan.

"Dua wanita dan dua lelaki ditemui terbunuh manakala seorang lagi dipercayai suspek, turut maut di tempat kejadian,” menurut tweet itu lapor Xinhua.

Seorang lagi mangsa wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, dan kejadian tembakan tersebut tiada kaitan dengan pengganas.

Ahli Parlimen Plymouth Sutton dan Devonport, Luke Pollard menerusi akaun Twitternya berkata seorang daripada mangsa kejadian adalah kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

"Kejadian di Plymouth sangat mengejutkan. Doa dan ingatkan kami kepada keluarga mangsa," kata Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel, di akaun Twitternya. - Bernama

Artikel Berkaitan: